Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur | Pembantu Awam, Gred H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 30 November 2016

Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur | Pembantu Awam, Gred H11


KERJA KOSONG TERKINI KERAJAAN NEGERI SABAH 2016


PEMBANTU AWAM, GRED H11
JABATAN TANAH DAN UKUR NEGERI SABAH

10 KEKOSONGAN

Tutup : 19/12/2016


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan : Pembantu Awam Gred H11

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kemahiran

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

TEMPAT KEKOSONGAN :
Sekolah Latihan Inanam, Kota Kinabalu (2),Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Ukur (3), Pejabat Pemungut Hasil Tanah/Juruukur Daerah Kota Marudu (1), Keningau (1), Tambunan (1), Semporna (1) dan Lahad Datu (1)

SYARAT & KELAYAKAN :

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan:
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

 b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


      CARA MEMOHON





      Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA di


      http://www.jawatan.sabah.gov.my/
      Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

      Urus Setia
       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
       Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
      Peti Surat 10998
      88811 KOTA KINABALU



      Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 


      Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

      Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

      Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

      Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau Pada 19 Disember 2016



      No comments:

      Post a Comment