Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur | Pemandu Kenderaan, Gred H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Wednesday, 30 November 2016

Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur | Pemandu Kenderaan, Gred H11

KERJA KOSONG TERKINI KERAJAAN NEGERI SABAH 2016

PEMANDU KENDERAAN, GRED H11
JABATAN TANAH DAN UKUR NEGERI SABAH

3 KEKOSONGAN

Tutup : 19/12/2016


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kemahiran

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

TEMPAT KEKOSONGAN :
Ibu Pejabat - Kota Kinabalu

SYARAT & KELAYAKAN :

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan:

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu)

Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/I : RM1,402.60

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


      CARA MEMOHON





      Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA di

      http://www.jawatan.sabah.gov.my/

      Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

      Urus Setia
       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
       Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
      Peti Surat 10998
      88811 KOTA KINABALU



      Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 



      Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

      Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

      Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

      Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau Pada 19 Disember 2016



      No comments:

      Post a Comment