Jawatan Kosong Kerajaan | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - UITM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 1 November 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - UITM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan untuk jawatan yang berikut :-

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11

SYARAT DAN KELAYAKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

dan

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Bukan Staf UiTM
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 November 2017 hingga 15 November 2017 dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii) Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal IStaf

-> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 15 November 2017 (Rabu).

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL : (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3090 / 3093
(03) 5521 1028 / 1314

EMAIL : bpps@salam.uitm.edu.my




No comments:

Post a Comment