Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : Jabatan Bendahari Negeri


4.0 No. Notis SPANS : 04/2019 
Nama Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan 
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 
Bilangan Kekosongan : Sembilan (09) Jawatan 
Tempat Kekosongan : Pelbagai Kementerian /Jabatan 
Taraf Jawatan : Tetap 
Jadual Gaji : Gred W19 RM1,353.00 - RM4,005.00 
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 

4.1 SYARAT LANTIKAN 

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40) ; atau 

d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80); atau 

e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf Dengannya. (Gaji permulaan ialahpada Gred W19 : RM1,465.80) dan 

f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. CARA MEMOHON





6.1 Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

6.2 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

6.3 Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

6.4 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

6.5 Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.



7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 04 APRIL 2019 (KHAMIS)

0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19"

Post a Comment