Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Pengawas Hutan, Gred G11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 7 March 2019

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Pengawas Hutan, Gred G11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PERHUTANAN SABAH


NO NOTIS SPANS: 07/2019

Nama Jawatan : Pengawas Hutan Gred G11 

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pertanian 
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 
Bilangan Kekosongan : Dua Puluh (20) Jawatan 
Tempat Kekosongan : Seluruh Daerah 
Taraf Jawatan : Tetap 
Jadual Gaji : Gred G11 RM1, 246.15.00 - RM2,977.00 
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 

SYARAT LANTIKAN 

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah Latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : RM1, 246.15): atau 

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan Perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1, 292.30): 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilanan Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. CARA MEMOHON





6.1 Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

6.2 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

6.3 Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

6.4 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

6.5 Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 05 APRIL 2019 (JUMAAT)



1 comment:

  1. Bila ada lagi pemgambilan saya terlewat baca iklan jawatan

    ReplyDelete