Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Penolong Pegawao Syariah, Gred LS29

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH


Nama Jawatan : Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Perundangan dan kehakiman 
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Bilangan Kekosongan : Satu (01) Jawatan
Tempat Kekosongan : Bahagian Pendakwaan (JHEAINS)
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred LS29: RM1,494.00 – RM5,674.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN 


a) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1, 494.00).

b) Diploma dalan bidang pengajian Islam (Syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1, 772.65).

c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


6. CARA MEMOHON





6.1 Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

6.2 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

6.3 Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

6.4 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

6.5 Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 15 JULAI 2019 (ISNIN)




0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah | Penolong Pegawao Syariah, Gred LS29"

Post a Comment