Jawatan Kosong Kerajaan 2019 | KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ PEREMPUAN) - PDRM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 8 October 2019

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 | KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ PEREMPUAN) - PDRM


KERJA KOSONG SABAH 2019
POLIS DIRAJA MALAYSIA

JAWATAN : KONSTABEL POLIS GRED YA1


Individu Yang Layak Dikehendaki Membuat Permohonan Bagi Jawatan KONSTABEL POLIS GRED YA1. 

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA 1 (LELAKI / PEREMPUAN)

Jadual Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum Gred YA1 :
RM 1,441.00 - RM 4,152.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : 105.00

Syarat-Syarat Kelayakan Memohon

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang dikeluarkan melalui: i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

ii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

 i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

 ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

v). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)



TEMPOH PERMOHONAN :
BERMULA 23 SEPTEMBER 2019 SEHINGGA 8 NOVEMBER 2019.

CARA MEMOHON







PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA ONLINE:

Semua Pemohon Boleh Membuat Permohonan Sehingga Tarikh Tutup Permohonan Pada 8 November 2019.
Sebarang Masalah Boleh Hubungi Talian Helpdesk Unit Pengambilan,
03-22668350, 03-22668351, 03-22668349.

NOTA:
Sila Semak Semula Maklumat Peribadi Dan Jawatan Yang Dipohon. Pastikan Anda Memohon Jawatan Mengikut Kelayakan Akademik. Sila Baca Skim Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Sebelum Memohon Sesuatu Jawatan.

Dimaklumkan Sistem Dalam Proses Penambahbaikan.




No comments:

Post a Comment