Jawatan Kosong Kerajaan | PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN, GRED U11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 26 November 2019

Jawatan Kosong Kerajaan | PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN, GRED U11

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 
PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kelayakan PMR / PT3

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam. Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-


PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN, GRED U11


SYARAT LANTIKAN



  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -


Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :

1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp



Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

RUJUKAN SENARAI TUGAS 
PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN, GRED U11PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA KERAJAAN

1. KEBERSIHAN KLINIK
1.1 Menjalankan aktiviti kebersihan di dalam Klinik Kesihatan.
1.2 Menjalankan disinfektasi lantai dan peralatan perubatan yang tercemar.
1.3 Membersihkan linen kotor serta menyimpan di tempat yang disediakan.

2. PERKHIDMATAN KAUNTER
2.1 Memastikan alat tulis dan buku pendaftaran sentiasa tersedia.
2.2 Menerima panggilan telefon.
2.3 Memasukkan maklumat pesakit ke dalam kad rawatan.
2.4 Membantu mendaftar pesakit dalam buku daftar.
2.5 Mengesan dan mencari kad pesakit untuk rawatan susulan.
2.6 Memberi borang saringan kepada pesakit.
2.7 Menghantar kad rawatan ke bilik rawatan.

3. PERSIAPAN KLINIK
3.1 Menyusun atur kerusi dan meja.
3.2 Memastikan peralatan untuk minor surgery telah dibersihkan dan disucihama.
3.3 Menyusun dan memfailkan kad rawatan pesakit.
3.4 Memastikan alat pandang dengar berfungsi.
3.5 Memastikan sistem nombor giliran berfungsi.
3.6 Mencari rekod/data pesakit sebelum temujanji.

4. TUGAS-TUGAS KLINIKAL DI DALAM BILIK RAWATAN
4.1 Membantu di dalam rawatan pergigian (chair-side assistant) di klinik atau di pasukan bergerak.
4.2 Menyediakan peralatan pergigian (dental equipment) dan perkakas pergigian (dental instruments) yang diperlukan untuk rawatan pergigian dengan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
4.3 Mencuci dan membasmi kuman pada perkakas dan peralatan pergigian yang telah digunakan mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan.
4.4 Memotong, melipat dan membungkus gauze untuk pembasmian kuman.
4.5 Membantu memasukan data-data di kad rawatan.

5. MEMBUAT TUGAS-TUGAS AM
5.1 Mengiringi murid-murid untuk rawatan pergigian dari sekolah/ bilik darjah.
5.2 Menghantar dan mengambil peralatan pergigian untuk pembasmian kuman dari unit CSSU.
5.3 Mengiringi pesakit (dikerusi roda/ stretcher) semasa rawatan.
5.4 Membantu memesan/ menghantar/ mengambil barang dari stor.
5.5 Melakukan lain-lain tugas yang diarah oleh pegawai atasan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.

6. PENGENDALIAN SISA KLINIKAL 

6.1 Mengendali dan memastikan bekalan sharp bin, plastik biohazard mencukupi. 
6.2 Mengendali dan memastikan semua sisa klinikal disimpan dalam bilik utiliti. 
6.3 Memastikan bilik utiliti dalam keadaan bersih dan selamat. 
6.4 Mengumpul dan merekod sebelum dihantar ke pusat pengumpulan sisa klinikal. 

7. PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 
7.1 Membantu memberi penerangan tentang penjagaan kesihatan pergigian kepada pesakit. 
7.2 Mengawasi latihan memberus gigi bagi murid sekolah. 
7.3 Membantu menyediakan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan pergigian untuk kanak-kanak tadika dan murid sekolah. 
7.4 Membantu menyedia bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian. 
7.5 Mengatur/ menukar bahan pameran mengenai kesihatan pergigian. 

8. TUGAS DALAM PENGENDALIAN BAHAN DAN MEMBANTU AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 
 8.1 Papan pameran 
8.2 Over head projector 
8.3 Audioviewe 
 8.4 Model gigi 
 8.5 Risalah dan poster pergigian 
 8.6 Berus gigi, ubat dan benang flos

9. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN BERTUGAS MEMBANTU JURURAWAT PERGIGIAN SEMASA SESI 
 9.1 Ceramah Kesihatan Pergigian 
 9.2 Latihan memberus gigi 
9.3 Pameran 

10. TUGAS DI MAKMAL 
10.1 Membantu di dalam kerja-kerja makmal. 
10.2 Membuang sisa Plaster of Paris (POP). 
10.3 Mencuci ceper impresi (impressiontrays). 
10.4 Memastikan bilik makmal pergigian sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 

11. TUGAS MEMBANTU RAWATAN PERGIGIAN 
11.1 Disinfek kawasan kerja seperti berikut dengan bahan disinfektan sebelum dan selepas rawatan. 11.2 Memastikan peralatan pergigian berfungsi dengan baik. 
11.3 Melakukan pembersihan/ pensterilan/ disinfeksi perkakas dan peralatan pergigian sebelum dan selepas rawatan. 
11.4 Sediakan perkakas asas untuk pemeriksaan/ rawatan. 
11.5 Sediakan bahan pergigian. 

12. TUGAS DI KLINIK PERGIGIAN SEKOLAH, PASUKAN PERGIGIAN BERGERAK, TADIKA, KHIDMAT BAKTI DAN LAIN-LAIN
12.1 Menyediakan dan susun atur kelengkapan peralatan. 
12.2 Memastikan keselamatan alat-alat sepanjang Rawatan. 
12.3 Menguruskan peralatan semasa dan selepas digunakan. 
12.4 Menyediakan gauze mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

NOTA : KEKOSONGAN JAWATAN DAN PENGAMBILAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM / KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, APABILA TERDAPAT  KEKOSONGAN TERSEBUT.



5 comments:

  1. Adakah jawatan ni masih ada?

    ReplyDelete
  2. Sy berminat memohon pekerjaan ini..sila hubungi sy.no.tel.0103630146

    ReplyDelete
  3. Says berminat memohon pekerjaan ini,sila hubungi saya nombor telefon 01131520427

    ReplyDelete
  4. Sya berminat hubungi sya no.tel 0199772539

    ReplyDelete