Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 23 January 2020

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U11

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM


No. Notis SPANS : 08/2020
Nama Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U11
Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Tujuh (07)
Jawatan Tempat Kekosongan :
Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut (2)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Beaufort (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Sandakan (1)
Rumah Sinar Pelangi, Lahad Datu (3)

Taraf Jawatan : Sementara
Jadual Gaji : Gred U11: RM1,204.00 – RM3,001.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

SYARAT LANTIKAN 


a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).


b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
6 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)






No comments:

Post a Comment