Kerja Kosong Sabah 2020 | Pembaca Jangka Kontrak (Sandakan & Tawau) - SESB - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 22 January 2020

Kerja Kosong Sabah 2020 | Pembaca Jangka Kontrak (Sandakan & Tawau) - SESB

KERJA KOSONG SABAH 2020
SABAH ELECTRICITY SDN BHD

Kekosongan Jawatan

PEMBACA JANGKA KONTRAK
(SANDAKAN & TAWAU)


Maklumat & Syarat Permohonan
-Warganegara Malaysia;

-Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;

-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 mata pelajaran mendapat keputusan Lulus, termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia;

-Memiliki lesen motosikal Kelas B2 yang sah dan memiliki motosikal sendiri (Lesen L tidak Layak);

-Keutamaan pelantikan diberi kepada calon-calon yang berasal dan menetap di daerah di mana terdapat kekosongan jawatan;

-Keutamaan juga akan diberi kepada pemohon yang memiliki Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik atau Pendawai Elektrik sekurang-kurangnya PW2


Bidang Tugas
-Bertanggungjawab untuk memastikan semua arahan pembacaan meter dalam kawalan dibilkan dan diserahkan kepada pengguna bagi tempoh pengebilan yang ditetapkan;

-Bertanggungjawab untuk melaporkan kejanggalan meter yang diperolehi semasa pembacaan meter atau pada bila-bila masa;

-Bertanggungjawab untuk menjaga peralatan mesin MOBIMAS yang digunakan;

-Bertanggungjawab melakar peta tempat-tempat pengguna elektrik bagi tujuan mengenalpasti lokasi pengguna


Tarikh Tutup: 30 Januari 2020

CARA MEMOHON

Sila memohon secara dalam talian (ONLINE) melalui link di bawah



Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem eRecruit sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan yang diiklankan.

Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.

Pemohon adalah di nasihatkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup iklan. Pemohon yang disenarai pendek untuk proses temuduga akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan.

Jika memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pentadbir sistem eRecruit melalui e-mel:erecruit@sesb.com.my atau hubungi mereka di talian tetap 088-282 288/088-282 714/088-282221.

No comments:

Post a Comment