Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 4 February 2020

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH


No. Notis SPANS : 16/2020
Nama Jawatan : Pengawal Keselamatan, Gred KP11
Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan Dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Dua (2)

-Sandakan (1)
-Lahad Datu (1) 


Taraf Jawatan :Tetap
Jadual Gaji :  Gred KP11: RM1,205.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

SYARAT LANTIKAN 

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00). dan

b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
13 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)



No comments:

Post a Comment