Jawatan Kosong Kerajaan Malaysia 2020 | Pelbagai Jawatan - LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 11 March 2020

Jawatan Kosong Kerajaan Malaysia 2020 | Pelbagai Jawatan - LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA


JAWATAN KOSONG KERAJAAN MALAYSIA 2020
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :

1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Juruaudit W41
4. Jurutera J41
5. Penolong Jurutera JA29
6. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
7. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
8. Pembantu Akauntan W19
9. Juruteknik Komputer FT19
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
11. Pembantu Operasi N11
12. Pemandu Kenderaan H11

Penempatan : Pejabat-Pejabat LKIM di Seluruh Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2020 (Isnin)


SYARAT ASAS LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

    LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN

CARA MEMOHON :





Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Secara Online Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia




Maklumat lanjut mengenai jawatan boleh didapati di Laman Web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT SYARAT PERJAWATAN


Tarikh tutup permohonan iklan jawatan pada 23 Mac 2020 (Isnin).

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari 
tarikh tutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.




VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA


Visi 


Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.


Misi

Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
Melahirkan modal insan yang kompeten


Objektif

Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.


Fungsi-Fungsi LKIM

Menggalak & memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan.
Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan sepenuhnya.
Mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan ikan.
Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan.
Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.

No comments:

Post a Comment