Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENYELIA & PEMBANCI - Jabatan Perangkaan Malaysia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 12 July 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENYELIA & PEMBANCI - Jabatan Perangkaan Malaysia

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti berikut:


Jawatan Yang Ditawarkan:
  • Jawatan : 1. Penyelia
  • Minima Kelayakan : STPM/ Diploma
  • Gaji : RM72 Sehari
  • Tempoh Lantikan : 21 Sept – 31 Oktober 2020
  • Jawatan : 2. Pembanci
  • Minima Kelayakan : SPM/ Setaraf
  • Gaji : RM54 Sehari
  • Tempoh Lantikan : 1 – 24 Oktober 2020

SYARAT LANTIKAN

– Warganegara Malaysia
– Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
– Calon hendaklah biasa dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur serta memahami bahasa komuniti setempat
– Keutamaan kepada calon yang memiliki lesen memandu & pengangkutan sendiri khususnya di kawasan luar bandar
– Mempunyai kemahiranir IT & aplikasi telefon pintar
– Mempunyai Telefon Pintar dengan kapasiti minimum
   Storage 250mb Free Space, RAM 2GB, Display Resolution 720p
   GPS: AGPS, Connectivity : 3G HSPA 7.2MBit/s
   OS : iOS 12.4.5, CPU : Apple A9 ; /
   OS : Android : Android 7.0 (Nougat), 4 Cores 1.4GHz equivalent
   Keutamaan untuk yang mempunyai data plan



CARA MEMOHON

(Sila KLIK link yang disediakan untuk memohon)




Permohonan Jawatan Kosong Penyelia dan Pembanci, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020 ini hendaklah dilakukan secara dalam talian (ONLINE)

Sila memohon melalui portal disediakan


Sila Lengkapkan butiran yang dikehendaki

- Isikan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Emel
- Sahkan emel anda dan pilih kata laluan

- Lengkapkan maklumat tambahan
- Untuk Sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Hotline (1-800-88-7720)




BACA : INFO TAMBAHAN

1. Adakah pemohon boleh memohon jawatan Penyelia sekiranya mempunyai Sijil Ijazah Sarjana Muda?
Boleh dipertimbangkan, kerana syarat minima bagi Penyelia adalah lulus STPM /Diploma / Kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Adakah pemohon boleh memohon kedua-dua jawatan Penyelia dan Pembanci?
Tidak boleh, sistem ini HANYA membenarkan satu permohonan jawatan sahaja.

3. Bilakah tarikh panggilan temuduga?
Panggilan temuduga akan dilakukan dalam tempoh di bawah:
Penyelia: 1 – 13 September 2020
Pembanci: 21 – 30 September 2020

4. Dimanakah lokasi tempat melapor diri sekiranya calon melepasi proses temuduga?
Penempatan adalah bergantung kepada Pejabat yang melantik.

5. Apakah dokumen dan salinan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga?

a. Resume bergambar dan dua (2) gambar berukuran passport;
b. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SRP/ PMR/ PT3, SPM/ SPM(V)/ SVM/ SKM dan Sijil Tamat Persekolahan;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan);
e. Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian
yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian; dan
f. Lesen Memandu Kelas B2/D/E/E1/E2/F/G/H/I; (jika berkenaan).

6. Adakah pemohon boleh membuat tuntutan perjalanan sekiranya perlu bertugas di lapangan?
Boleh, seperti termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 dan peraturan yang berkuatkuasa.

7. Adakah pemohon boleh membuat sebarang tuntutan elaun lain seperti (Elaun Makan, Elaun Harian atau bayaran sewa hotel sekiranya perlu bekerja di luar pejabat?
Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

8. Bolehkah pemohon memohon jawatan ini sekiranya tidak memiliki telefon pintar?
Anda tidak digalakkan memohon.

9. Sekiranya telefon pemohon tidak mencapai tahap minimum spesifikasi, bolehkah pemohon memohon jawatan ini?
Anda tidak digalakkan memohon

10.Bolehkah pemohon memohon jawatan ini sekiranya tidak memiliki lesen memandu?
Boleh.

11.Adakah terdapat sebarang etika pemakaian yang perlu diikuti sewaktu bekerja di dalam atau luar pejabat?
Calon hendaklah berpakaian formal dan sopan seperti panduan pemakaian yang ditetapkan.

LAIN-LAIN INFO : SOALAN LAZIM (FAQ)

No comments:

Post a Comment