Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Konstabel Polis Gred YT 1 - Lelaki - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 22 November 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Konstabel Polis Gred YT 1 - Lelaki

JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS GRED YT 1

Kekosongan : LELAKI Sahaja
Tarikh Tutup : 30 November 2020


SKIM PERKHIDMATAN BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT 1 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA) 

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan melalui:

 i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016. 

2. Syarat-syarat permohonan :-

 a). Terdiri dari Warganegara Malaysia; 

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online; 

c). Kelayakan Akademik: 

i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

 ii). PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D. Contoh kelulusan seperti berikut : MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ‘C’ Matematik ‘D’ Sains ‘D’ Pendidikan Islam ‘D’ Bahasa Inggeris ‘D’ Sejarah ‘D’ 2 

iii). PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E. 

Contoh kelulusan seperti berikut : MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM Bahasa Melayu Ujian Bertulis & Bahasa Melayu (Lisan) ‘C’ Matematik ‘E’ Sains ‘E’ Pendidikan Islam ‘E’ Bahasa Inggeris ‘E’ Sejarah ‘E’ 

d). Kelayakan Fizikal: 

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

 i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu; 

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja); 

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan; 

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan). 

3 DIKSKRIPSI TUGAS :

- Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. 

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara; 


KELAYAKAN GAJI 

Jadual Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum Gred YT1 : RM 1,220.00 - RM 2,748.00 

Kadar Gaji Tahunan : 85.00 

ELAUN DAN KEMUDAHAN 

Elaun dan kemudahan 

Elaun Tetap Perumahan : RM 350 

Elaun Cola : RM100 - RM 350

 Elaun Khidmat Awam : RM 95 

Elaun Khas PDRM : RM 200 

Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690 

Elaun Kasut : RM 300 

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

CARA MEMOHON


INDIVIDU YANG BELUM BERDAFTAR, BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI LAMAN WEB E-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (di bawah)




SILA MEMOHON SEBELUM TARIKH YANG DITETAPKAN.
(BACA SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DI 'SKIM JAWATAN' SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN).

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN HELP DESK UNIT PENGAMBILAN DI TALIAN 03-22668348 DAN 03-22668350.




No comments:

Post a Comment