Jawatan Kosong Kerajaan 2021 | Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 - JPA SARAWAK - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday, 23 March 2021

Jawatan Kosong Kerajaan 2021 | Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 - JPA SARAWAK

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2021

(JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)

Kelayakan Diploma

PEMBANTU TADBIR (P/O) , GRED N19

Tarikh Tutup: 29 MAC 2021

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (SARAWAK)
KEKOSONGAN : 27
SIMPANAN : 250


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

d) 
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  2. Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. Had umur pelantikan:
    1. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.



DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 29 MAC 2021 (ISNIN) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA9i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.








No comments:

Post a comment