Kekosongan Jawatan Jabatan Arkib Negeri Sabah 2022 - Pelbagai Jawatan - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 3 January 2022

Kekosongan Jawatan Jabatan Arkib Negeri Sabah 2022 - Pelbagai Jawatan

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN ARKIB NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-


Nama Jawatan :
PEMBANTU OPERASI GRED N11
Kelayakan : PT3 / PMR
Bilangan Kekosongan : Lima
 (5) Jawatan
Tempat Kekosongan :
Kota Kinabalu (5)
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred N11: RM1,216.00 – RM2,983.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab dalam :
i. Menerima dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima;
ii. Mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan; dan
iii. Memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

Nama Jawatan :
PEMBANTU AWAM GRED h11
Kelayakan : PT3 / PMR
Bilangan Kekosongan : Dua
 (2) Jawatan
Tempat Kekosongan :
Kota Kinabalu (2)

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


DESKRIPSI TUGAS

i. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja; dan
ii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Nama Jawatan :
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP 11
Kelayakan : PT3 / PMR / Bekas Anggota Polis / Tentera
Bilangan Kekosongan : Dua
 (2) Jawatan
Tempat Kekosongan :
Kota Kinabalu (2)

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred KP11 : RM1,205.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298)

Nama Jawatan :
PEMBANTU ARKIB, GRED S19
Kelayakan : SPM
Bilangan Kekosongan : Empat 
(4) Jawatan
Tempat Kekosongan :
Kota Kinabalu (3)
Sandakan (1)

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred S19: RM1,352.00 - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab dalam :
i. Menerima dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima;

ii. Mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan; dan

iii. Memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.




CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
10 JANUARI 2022, jam 11.59 malam



No comments:

Post a Comment