Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 27 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN PERTANIAN SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
peMBANTU pegawai latihan gred e19

Bilangan Kekosongan : 48
Tempat Kekosongan :
Di mana-mana lokasi pejabat/stesyen Jabatan Pertanian Sabah
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED E19 : RM1,353.00 – RM4,005.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam Subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam Perakaunan Peringkat Tertinggi.

Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40) ; atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40) ; atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80) ;

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


DESKRIPSI TUGAS

(i) Membantu mengumpul dan menyedia data maklumat penguasa IAT peringkat daerah.

(ii) Membantu mengenalpasti kumpulan sasar dan keperluan kursus/Iegativ kemahiran dan keusahawan yang bersesuaian

(iii) Membantu mengurus pelaksanaan Iegativ kemahiran dan keusahawanan.

(iv) Melaksanakan promosi Iegativ kemahiran dan keusahawan kepada penguasa IAT.

(v) Membantu memantau dan menilai keberkesanan program Iegativ.

(vi) Membantu menyedia laporan kemajuan bulanan, sukutahun dan tahunan program Iegativ Industri Asas Tani Daerah.

(vii) Membantu menguruskan peralatan/kelengkapan Unit Latihan dalam keadaan baik, bersih dan tersusun.

(viii) Merekod dan melaporkan kerosakan ke atas bangunan dan peralatan/kelengapkan Unit Latihan IAT Daerah.

(ix) Memastikan kebersihan dan keselamatan peralatan Iegativ dan bangunan Unit Latihan IAT.



CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
12 MEI 2022, jam 11.59 malam



https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

No comments:

Post a Comment