Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIK) , GRED H19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 27 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIK) , GRED H19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN PERHUTANAN SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
pembantu kemahiran (mekanik) , GRED h19

Bilangan Kekosongan : 3
Tempat Kekosongan : SANDAKAN
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED H19 : RM1,377.00 – RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

DAN

(b). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
12 MEI 2022, jam 11.59 malam




No comments:

Post a Comment