Kerja Kosong Sabah 2022 | PEMBANTU OPERASI (N11) - UiTM Cawangan Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Saturday 12 November 2022

Kerja Kosong Sabah 2022 | PEMBANTU OPERASI (N11) - UiTM Cawangan Sabah

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN TERKINI TAHUN 2022
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu  :-

Nama Jawatan :
PEMBANTU OPERASI (N11)

Bilangan Kekosongan : -
Tempat Kekosongan : 
UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu

Kumpulan Perkhidmatan    : Pelaksana
Klasifikasi                           : Pentadbiran dan Sokongan

Taraf Jawatan                     : TETAP
Jadual Gaji                          : GRED N11: RM1,216.00 – RM2,983.00
Kenaikan Gaji Tahunan       : -


PEMBANTU OPERASI (N11) :


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

   (a) warganegara Malaysia;

   (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

   (c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

           (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau

        (ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu kelas B2/ B/ D/ E2/ E1/ E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]

            (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 








CARA MEMOHON


i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di http://sabah.uitm.edu.my/v2/

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;

    (a) Kad Pengenalan.
    (b) Sijil Kelahiran.
    (c) Sijil SPM/ MCE,HSC/ STPM atau setaraf,
    (d) Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
    (e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji.


iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 NOVEMBER 2022 (JUMAAT)

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah
No. Tel    : (088) 513879








No comments:

Post a Comment