Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Mac 2023 | PEMBANTU AWAM, GRED H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 14 March 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Mac 2023 | PEMBANTU AWAM, GRED H11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang mana ibubapanya merupakan WARGANEGARA MALAYSIA berasal dari Negeri Sabah dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Nama Jawatan :
peMBANTU AWAM , GRED H11

Bilangan Kekosongan : 6
Penempatan : Taman Banjaran Crocker, Keningau

Taraf Jawatan : Sambilan
Gaji : RM 44.00 sehari


SYARAT LANTIKAN :

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

1. Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelayakan akademik:

   a) Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

   b) Bagi pemegang kelayakan PMR perlu mendapatkan sekurang-kurangnya peringkat 'D' dalam lima (5) mata pelajaran termasuk matematik.

   c) Kepujian bagi subjek Bahasa Melayu di peringkat SRP / PMR / PT3 (sekurang-kurangnya Gred C).

4. Kriteria Tambahan:
   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



TANGGUNGJAWAB :

Membantu kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, pembersihan kawasan lapangan / bangunan dan menyertai operasi penguatkuasaan.



CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (TS.TPD:32/05) yang boleh didapati di semua cawangan stesen Taman-Taman Sabah. 

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil Persekolahan (PMR / PT3, SPM & lain-lain) dan sijil lain yang berkaitan yang DISAHKAN BENAR.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :- 


Ketua Penolong Pengarah
Pejabat Kompleks Taman Banjaran Crocker
Batu 8, Jalan Kimanis - Keningau
Peti Surat 934
89008 KENINGAU
Tel : 019 - 862 0404


4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 MAC 2023 (ISNIN)


SYARAT TAMBAHAN

1. Borang permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima pada tarikh tutup iklan dan salinan dokumen-dokumen tidak disahkan benar akan ditolak.

2. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk  menghadiri temuduga.

3. Pemohon tidak perlu meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Surat sokongan hanya perlu diberikan oleh Ketua Jabatan / Majikan di mana pemohon sedang bertugas.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
27 MAC 2023







No comments:

Post a Comment