Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 3 November 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah (salah seorang ibu atau bapa, Warganegara Malaysia yang lahir di Sabah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN KERJA RAYA

NO NOTIS SPANS : 22/2023

Nama Jawatan :
JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

Klasifikasi Perkhidmatan: KEJURUTERAAN 

Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL

Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN

Tempat Kekosongan 
DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN / DAERAH JKR

Taraf Jawatan SEMENTARA

Jadual Gaji Gred J41: RM2,529.00 – RM9,643.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

   (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00)


(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.




DISKRIPSI TUGAS

1. Melaksanakan penyelengaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

2. Menganalisa dan mereka bentuk projek bangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.

3. Menganalisa dan mereka bentuk kerja-kerja Kejuruteraan Mekanikal seperti jambatan, lebuhraya dan jalan raya yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya.

4. Memastikan semua analisa dan reka bentuk projek kerja awam/pembaikan struktur dilakukan selaras dengan piawai dan garis panduan Jabatan Kerja Raya Sabah yang telah ditetapkan.

5. Memberi nasihat berkaitan dengan kerja struktur kepada Cawangan / Jurutera Daerah / Jurutera Bahagian di bawah jabatan atau jabatan kerajaan yang lain atau badan berkanun serta kontraktor yang mengambil bahagian dalam projek Kerja Raya Sabah.









CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

TARIKH PERMOHONAN BERMULA 26 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2023, JAM 11.59 MALAM















No comments:

Post a Comment