Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM


No. Notis SPANS : 04/2020
Nama Jawatan : Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Tujuh (07)
Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut (1)
Rumah Wargatua Air Panas Tawau (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Sembulan (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Beaufort (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Kudat (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Sandakan(1)
Kompleks Latihan Orang Kurang Upaya Kimanis,Papar (1)

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji :Gred N19 : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN 


(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada Peperiksaan tersebut)
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00). atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00). atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80)

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
6 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)






0 Response to "Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19"

Post a Comment