Permohonan Guru Lepasan SPM | Pengambilan Khas PISMP Fasa 2 Tahun 2020 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 8 July 2020

Permohonan Guru Lepasan SPM | Pengambilan Khas PISMP Fasa 2 Tahun 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) DENGAN KEPUJIAN AMBILAN FASA 2 TAHUN 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.1.1 Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1.1.2 Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia1. Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai
2020.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria
yang telah ditetapkan oleh KPM.
3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video
pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my
bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru
(UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar
aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon
boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.
.


2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.

2.3 Sihat tubuh badan.

2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

2.5 Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Sejarah; dan
iii. Bahasa Inggeris.

2.7 Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan.  (Lampiran A)

3. BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS:

3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)

Bidang
3.1.1 Bahasa Kadazandusun
3.1.2 Reka Bentuk dan Teknologi

3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Bidang
3.2.1 Pendidikan Seni Visual
3.2.2 Pendidikan Jasmani
3.2.3 Pendidikan Muzik
3.2.4 Bimbingan dan Kaunseling
3.2.5 Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.6 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
3.2.7 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
3.2.8 Sains

3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Bidang
3.3.1 Pendidikan Seni Visual
3.3.2 Pendidikan Jasmani
3.3.3 Pendidikan Muzik
3.3.4 Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5 Matematik
3.3.6 Sains

3.4 Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SK/ SJKC/ SJKT)
Bidang
3.4.1 Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Kedua (TESL)


CARA PERMOHONAN




1. Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: 



mulai 6 Julai 2020.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.

4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.

5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


PERINGATAN 
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah / memanipulasikan maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 12 JULAI 2020 (11.59 MALAM) 

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan: 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1 
63000 CYBERJAYA, SELANGOR 
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar) 

No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769 


No comments:

Post a Comment