Jawatan Kosong Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah | Pembantu Laut, A19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 18 July 2017

Jawatan Kosong Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah | Pembantu Laut, A19


JAWATAN KOSONG TERKINI 

KERAJAAN NEGERI SABAH 2017
JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA NEGERI SABAH

PEMBANTU LAUT, GRED A19

Tarikh Tutup : 7 OGOS 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PEMBANTU LAUT, GRED A19

Syarat Lantikan :

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred A19 : RM1,362.00] atau 

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred A19 : RM1,362.00) atau 

(iii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred A19 : RM1,420.12] atau 

(iv) Engineer Officer Of Less Than 750 KW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred A19 : RM1,420.12] atau 

(v) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24] atau

(vi) Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastral Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,536.36]. 

DAN 

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap


CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat : 
Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
Peti Surat 10998 
88811 KOTA KINABALU


Butiran LANJUT / PENUH IKLAN Kekosongan Jawatan Negeri Sabah 2017

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 07 Ogos 2017

    1 comment:

    1. Kalau ada kekosongan kerja di pelabuhan sabah, sya berminat kera sya skrg berkerja di pelabuhan klang, sngat jahu

      ReplyDelete