Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Sabah | Jurutera, J41


JAWATAN KOSONG TERKINI 

KERAJAAN NEGERI SABAH 2017
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SABAH

JURUTERA, GRED J41

Tarikh Tutup : 7 OGOS 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

JURUTERA, GRED J41

Syarat Lantikan :

a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00) ; dan 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat : 
Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
Peti Surat 10998 
88811 KOTA KINABALU


Butiran LANJUT / PENUH IKLAN Kekosongan Jawatan Negeri Sabah 2017

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 07 Ogos 2017

    1 Response to "Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Sabah | Jurutera, J41"

    1. salam sejahtera,...masih boleh memohon jawatan di jabatan perhutanan..

      ReplyDelete