Jawatan Kosong JHEAINS | Pemandu Kenderaan, Gred H11


JAWATAN KOSONG TERKINI 

KERAJAAN NEGERI SABAH 2017
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

PEMANDU KENDERAAN. GRED H11

Tarikh Tutup : 7 OGOS 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

Syarat Lantikan :

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

(ii) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan {kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)}; dan 

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut 
Kelas Lesen Memandu 

* Lesen D - RM1,264.15 
* Lesen E/E1/E2 - RM1,310,30 
* Lesen F/H - RM1,356.45 
* Lesen G/I - RM1,402.60 

DAN 

(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap


CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat : 
Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
Peti Surat 10998 
88811 KOTA KINABALU


Butiran LANJUT / PENUH IKLAN Kekosongan Jawatan Negeri Sabah 2017

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 07 Ogos 2017

    0 Response to "Jawatan Kosong JHEAINS | Pemandu Kenderaan, Gred H11"

    Post a Comment