Jawatan Kosong | IT Support Technician - KWSP - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 2 November 2017

Jawatan Kosong | IT Support Technician - KWSP

JAWATAN KOSONG
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . KWSP mencari calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi jawatan berikut:

Jawatan : IT SUPPORT TECHNICIAN

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat (IT) atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus matapelajaran Bahasa Malaysia termasuk lulus lisan di peringkat SPM/SPM(V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Keputusan yang baik/cemerlang terutama di peringkat SPM dan CGPA baik dari Universiti
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman terutama dalam bidang bantuan/support teknikal

* calon-calon yang mempunyai pensijilan diiktiraf seperti Microsoft, Linux, dan lain-lain adalah diberi keutamaan.

Pengalaman dan kriteria :

- Rangkaian TCP / IP, dan pemahaman tentang pentadbiran rangkaian, termasuk suis dan pengalaman router.
- Persekitaran Microsoft Windows, Linux atau Sistem Operasi UNIX, dengan pengalaman menggunakan skrip arahan pada server.
- Penggunaan kepada mana-mana pengaturcaraan / skrip berikut (Powershell, Batch scripting, Javascript, HTML, CSS dan Shell).
- Pengalaman bidang teknikal minimum 3 tahun ke atas, termasuk pelayan dan Desktop / peranti mudah alih lain seperti pemasangan dan penyelenggaraan peralatan rak-rak, pelayan Linux / Unix dan Windows, aplikasi berasaskan Internet, pelayan web, rangkaian (penghala dan suis), dan peranti PC / mudah alih (perkakasan dan perisian).
- Persekitaran Microsoft Windows dan Active Directory.
- Keupayaan untuk bekerja dengan pelbagai tugas ,sikap yang baik dan sanggup mempelajari perkara baru (willing to learn).
- Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang cemerlang dalam bahasa In

Tanggungjawab:
Calon yang berjaya dijangka akan melakukan skop kerja dibawah dan mempunyai ciriciri/kriteria berikut.
Tugas utama adalah:
- Menyelesaikan masalah perkakasan & perisian berkaitan komputer.
- Troubleshooting masalah & sokongan teknikal perisian / perkakasan.
- Kemahiran rangkaian asas komputer.
- Berkebolehan mengendalikan peralatan elektronik dan aplikasi internet.
- Berkebolehan mengendalikan dan melaksanakan servis untuk pelayan pada rak server, termasuk peralatan rak siap terpasang di Pusat Data.
- Menyediakan sokongan tahap pertama di dalam dan di luar untuk semua hosting dan penyumberan luar Infrastruktur IT.
- Berkebolehan dan mahir menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan produk popular lain seperti photoshop untuk tujuan laporan.

Beberapa contoh kerja termasuk:
i) Server Windows, PC/Desktop dan alat mobile seperti telefon bimbit dan lain-lain dan rangkaian Intranet.
ii) Persediaan hosting web dan server maya (Virtual Machine – WM) berasaskan Windows Server dan penyelesaian masalah teknikal Desktop.
iii) Kerja penyelesaian masalah komputer.

CARA MEMOHON



Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan dan resume lengkap dengan nombor telefon, kelayakan, pengalaman dan gaji semasa sebelum 10 November 2017. Sila nyatakan nama jawatan yang anda mohon. Sila emelkan ke:

recruitment2@epf.gov.my

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan akan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.



No comments:

Post a Comment