Jawatan Kosong Kerajaan 2018 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2018

PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Kelayakan SRP / PMR / PT3

PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11
Tarikh Tutup: 19 OGOS 2018
Syarat Lantikan 

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
    2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
  1. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 19 OGOS 2018 (Ahad) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :

1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp



0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan 2018 | Pengawal Keselamatan, Gred KP11"

Post a Comment