Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pembantu Operasi, Gred N11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday, 17 January 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pembantu Operasi, Gred N11

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki
kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Individu-individu yang memiliki
ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan MARA seluruh Malaysia.

PEMBANTU OPERASI , GRED N11



SYARAT DAN KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia;

-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Berkelayakan
  

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON




i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja. 


ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my


PERMOHONAN ONLINE (DISINI)


iii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak. 

v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020

KAEDAH PELAKSANAAN:


i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.


ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. 

iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti. 

iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya. 

v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.


No comments:

Post a comment