Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Penolong Penguasa Imigresen, Gred KP29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday, 26 November 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Penolong Penguasa Imigresen, Gred KP29

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2020

(JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA)

Kelayakan Diploma

PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN, GRED KP29

Tarikh Tutup: 8 Disember 2020


1. SYARAT LANTIKAN 


  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

    3. i) 
      Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);atau

      ii) 
      Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau

      iii) 
      Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau

      iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95)

    4. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
2. Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


3- Syarat Peningkatan Secara Lantikan: 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

b) had umur pelantikan

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4.Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):

- TERBUKA

5- KEPERLUAN TAMBAHAN
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan Sijil/Dploma telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan 

CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 8 Disember 2020 (SELASA) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.


Kekosongan:110 Simpanan:30



No comments:

Post a comment