Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Operasi,Gred N11 - Jabatan Bendahari Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 28 August 2020

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pembantu Operasi,Gred N11 - Jabatan Bendahari Sabah

 KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

NO NOTIS SPANS 35/2020
Nama Jawatan :
Pembantu Operasi Gred N11

Klasifikasi Perkhidmatan:Pentadbiran Dan Sokongan
KumpulanPerkhidmatan Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Empat (04) Jawatan

Tempat Kekosongan 
:
Daerah Tawau (1)
Daerah Keningau (1)
Daerah Beaufort (1)
Daerah Kudat (1)

Taraf Jawatan Tetap
Jadual Gaji Gred N11: RM1,216.00 - RM2,983.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

SYARAT LANTIKAN
a) 
(iPentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00);atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 SEPTEMBER 2020, (KHAMIS)



No comments:

Post a Comment