Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pereka, Gred B29 - Kementerian Komunikasi & Multimedia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 24 November 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pereka, Gred B29 - Kementerian Komunikasi & Multimedia

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2020

(KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA)

Kelayakan Diploma

PEREKA, GRED B29

Tarikh Tutup: 7 Disember 2020


1. SYARAT LANTIKAN 


  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

      c.

      (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00);

      (ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)

      (iii)D
      iploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)

  • Syarat Bahasa Melayu

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurusolek adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

-mempunyai kelayakan di perenggan 1(1); dan

had umur pelantikan:

-berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

-berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

-berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

iv- SYARAT UJIAN KHAS

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

v.Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):

(a)Reka Bentuk (Design); 
(b)Reka Bentuk Grafik Berkomputer; 
(c)Kreatif Multimedia; atau 
(d)Reka Bentuk Grafik.

vi- KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan Sijil / Diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan [kecuali calon bagi lantikan diperenggan 1 i(c)(i)].

CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 7 Disember 2020 (ISNIN) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.


Kekosongan:13 Simpanan:10




No comments:

Post a Comment