Program Latihan JURUTEKNIK PETRONAS | Institut Teknologi Petroleum PETRONAS - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 5 November 2015

Program Latihan JURUTEKNIK PETRONAS | Institut Teknologi Petroleum PETRONAS

 PROGRAM LATIHAN SEBAGAI JURUTEKNIK
DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS
BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2016

INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS - INSTEP

Perkembangan yang pesat di dalam industri minyak dan gas memerlukan kakitangan teknikal yang cekap, amanah, mahir dan mampu mengendalikan bidang penyelenggaraan dan operasi secara cekap dan sistematik.
Demi memastikan komitmen ini berterusan, INSTEP mempelawa calon-calon berkelayakan dan komited untuk menyertai Program Teknologi Petroleum (PTP) yang dijalankan selama satu (1) tahun bertempat di Institut Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu, Terengganu.

PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM 1 (PTP-1)
KPT (JPS) 600-03/990(2)

Bidang Pengoperasian
- Makmal Analitikal
- Proses


Bidang Penyelenggaraan
- Elektrikal
- Instrumentasi
- Mekanikal

* Termasuk Latihan Industri (Semester 2)

Keperluan Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia yang masih BUJANG
  • LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains dari institusi yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
  • Pemohon yang mempunyai Ijazah / Master tidak digalakkan memohon
  • Keutamaan bagi mereka yang memperolehi kredit di dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Fizik & Kimia pada peringkat SPM
  • Berumur TIDAK MELEBIHI daripada 30 tahun pada 1 Januari 2016
  • SIHAT tubuh badan dan BMI tidak melebihi 30kg/m2
  • Tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja di dalam industri minyak dan gas.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif di dalam sukan dan kepimpinan dan juga mampu berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.
CARA MEMOHON



 
TARIKH AKHIR PEMOHONAN : 12 NOVEMBER 2015, KHAMIS - 11.30 MALAM

Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM 10.00 ke akaun
PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD
(CIMB BANK BERHAD - No.Akaun : 8006631956)


Sila buat bayaran menerusi Kaunter, 'Online Banking' atau CIMBClicks Sahaja.
Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) TIDAK DIBENARKAN

Sila dapatkan nombor rujukan slip/resit bayaran dan layari laman di bawah untuk mendaftar.

www.instep-online.my


No comments:

Post a Comment