Kembara Kerjaya Sabah 2016 | 31 Julai - 6 Ogos 2016 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 2 August 2016

Kembara Kerjaya Sabah 2016 | 31 Julai - 6 Ogos 2016

BERITA BAIK untuk semua warga Sabah., terutamanya mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Jabatan Tenaga Kerja Sabah menganjurkan Program Kembara Kerjaya Sabah 2016 yang  diadakan pada 31 Julai 2016 hingga 06 Ogos 2016.
Program berkonsepkan Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda ini akan menjelajah ke 7 buah daerah di Negeri Sabah iaitu

Bandaraya Kota Kinabalu, - 31 Julai 2016, Oceanus Mall

Kota Belud, - 1 Ogos 2016, Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud

Kudat, - 2 Ogos 2016, Dewan Tun Mustapha, Kudat

Kota Marudu
- 3 Ogos 2016, Dewan Masyarakat Kota Marudu

Ranau
- 4 Ogos 2016, Dewan Masyarakat Ranau

Keningau 
- 5 Ogos 2016, Dewan Masyarakat Keningau

Beaufort 
- 6 Ogos 2016, Dewan Masyarakat Pa' Musa, Beaufort

Program Kembara Kerjaya Sabah 2016 merupakan Program NBOS melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah serta Majikan.





Antara pengisian program Kembara Kerjaya Sabah 2016 ini ialah seperti di bawah dengan fokus tambahan iaitu Penempatan / Peluang Kerjaya untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Karnival yang akan dijalankan dalam program kembara kerjaya Sabah 2016 ini adalah:

+ Karnival Pekerjaan
+ Temuduga Terbuka Jawatan Kosong
+ Taklimat e-Usahawan/Orang-e
+ Penempatan Kerjaya OKU
+ Pameran Kerjaya
+ Taklimat & Ceramah Kerjaya
+ Taklimat PSMB
+ Taklimat Sedia

Sila berpakaian kemas, serta membawa resume, sijil asal akademik serta salinan dan gambar berukuran pasport untuk sesi temuduga secara terus oleh pihak majikan.

Khabarkan dan KONGSI pada keluarga dan rakan anda yang sedang mencari pekerjaan.

Semoga berjaya ^_^ dari kami di KKS (Kerja Kosong Sabah)



No comments:

Post a Comment