Jawatan Kosong Pelukis Pelan / Penolong Jurutera, Gred JA19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Wednesday, 30 November 2016

Jawatan Kosong Pelukis Pelan / Penolong Jurutera, Gred JA19


KERJA KOSONG TERKINI KERAJAAN NEGERI SABAH 2016

PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)
/ PENOLONG JURUTERA, GRED JA19
JABATAN TANAH DAN UKUR NEGERI SABAH

10 KEKOSONGAN

Tutup : 19/12/2016


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan : Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera, JA19

Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana ( Skim Perkhidmatan Bersepadu )

TEMPAT KEKOSONGAN :
Ibu Pejabat - Kota Kinabalu

SYARAT & KELAYAKAN :

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


      CARA MEMOHON





      Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA di

      http://www.jawatan.sabah.gov.my/

      Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

      Urus Setia
       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
       Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
      Peti Surat 10998
      88811 KOTA KINABALU



      Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 



      Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

      Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

      Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

      Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau Pada 19 Disember 2016



      No comments:

      Post a Comment