Jawatan Kosong | Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S41 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 5 January 2017

Jawatan Kosong | Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S41


JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2017
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT, S41

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)

(i)ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
BIDANG KEUTAMAAN
i) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
ii) Kerja Sosial
iii) Pengurusan Kerja Sosial
iv) Psikologi (Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga)
v) Psikologi Dan Kaunseling
vi) Sains Sosial (Pengajian Kerja Sosial / Kerja Sosial)
vii) Pembangunan Manusia
viii) Pembangunan Manusia Dan Pengurusan
ix) Pengajian Islam
x) Pengajian Islam (Dakwah)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

    Tarikh Tutup : 12 JANUARI 2017 (KHAMIS) jam 11.59 malam


    CARA MEMOHON




    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
    Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


    Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

    Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

    memohon secara online melalui 
    PORTAL SPA di

    www.spa.gov.my

    No comments:

    Post a Comment