Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil 2017 - Kelayakan SPM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 2 January 2017

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil 2017 - Kelayakan SPM



JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2017
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
(194 KEKOSONGAN SELURUH MALAYSIA)

1) PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

2) PEMBANTU KESIHATAN AWAM


  • Syarat Kelayakan
    Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Tarikh Tutup : 15 JANUARI 2017 (AHAD) jam 11.59 malam


CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

memohon secara online melalui 
PORTAL SPA di

www.spa.gov.my

No comments:

Post a Comment