Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia 2017 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 14 February 2017

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia 2017


JAWATAN KOSONG KERAJAAN FEBRUARI 2017

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PENOLONG JURUTERA , GRED JA29

BIDANG PENGKHUSUSAN
- DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM - 323 KEKOSONGAN

- DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK - 46 KEKOSONGAN
- DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL - 71 KEKOSONGAN

PENOLONG JURUUKUR BAHAN , GRED JA29

BIDANG PENGKHUSUSAN
- DIPLOMA JURUUKUR BAHAN - 77 KEKOSONGAN

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3.  PENOLONG JURUTERA, JA29
    1. sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
    2. diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
  4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN, JA29
  1. sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
  2. diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Tarikh Tutup : 19 FEBRUARI 2017 (AHAD)


CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.


Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

memohon secara online melalui 
PORTAL SPA di

www.spa.gov.my


          Deskripsi Tugas Penolong Jurutera, JA 29:
  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

  • Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan, JA 29:
    Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment