Jawatan Kosong Kesihatan | Pembantu Perawatan Kesihatan, U11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 6 June 2017

Jawatan Kosong Kesihatan | Pembantu Perawatan Kesihatan, U11


JAWATAN KOSONG KERAJAAN JUN 2017

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-


PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN, GRED U11


Syarat Lantikan:
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      Tarikh Tutup : 8 JUN 2017 (KHAMIS) - 11.59 MALAM


      CARA MEMOHON





      Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
      Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


      Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.


      Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

      memohon secara online melalui 
      PORTAL SPA di

      www.spa.gov.my


               
      • Deskripsi Tugas:
        Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

          No comments:

          Post a Comment