Jawatan Kosong JPHPT Sabah | Pengawal Keselamatan, Gred KP11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 18 July 2017

Jawatan Kosong JPHPT Sabah | Pengawal Keselamatan, Gred KP11


JAWATAN KOSONG TERKINI 

KERAJAAN NEGERI SABAH 2017
JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN & PERUSAHAAN TERNAK NEGERI SABAH

PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11

Tarikh Tutup : 7 OGOS 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11

Syarat Lantikan :

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau 

(b) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang - kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00); dan 

(c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan (a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat Pentaksiran Tingkat Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

DAN 
(d) Mempunyai syarat - syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :- 
(i) tinggi sekurang - kurangnya 1.57;
(ii) berat badan sekurang - kurangnya
 48kg; 
(iii) mempunyai ukur indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 - 26; 
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang - kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja) 
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang di uji berasingan dengan ketetapan v6/9 tanpa menggunakan cermin mata 
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Taraf Jawatan : Tetap


CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat : 
Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
Peti Surat 10998 
88811 KOTA KINABALU


Butiran LANJUT / PENUH IKLAN Kekosongan Jawatan Negeri Sabah 2017

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 07 Ogos 2017

    2 comments:

    1. Adakah sya layak memohon....

      ReplyDelete
    2. Hello, Neat post. There is an issue with your site in internet explorer, would test this? IE still is the marketplace leader and a large component to people will pass over your excellent writing due to this problem. paypal account login

      ReplyDelete