Jawatan Kosong | Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara,Gred A29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 16 July 2017

Jawatan Kosong | Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara,Gred A29


JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2017

JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
Kelayakan DIPLOMA


Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, gred A29

Tarikh Tutup : 30 JULAI 2017
Syarat Lantikan :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57).
        dan
      1. Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
      2. lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
      3. lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
      4. tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan




CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.



Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

memohon secara online melalui 

PORTAL SPA di


www.spa.gov.my

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara

    No comments:

    Post a Comment