Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Makmal, Gred C19


JAWATAN KOSONG TERKINI 
KERAJAAN  2017
JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

PEMBANTU MAKMAL, GRED C19

Tarikh Tutup : 1 OKTOBER 2017


SYARAT LANTIKAN:


  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.



Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

memohon secara online melalui 

PORTAL SPA di


www.spa.gov.my


  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.


    TIPS KEPADA PENCARI KERJA

    Baru sahaja tamat belajar dan sekarang  mencari kerja? Sebenarnya ada cara mudah dan cepat untuk dapatkan kerja. Tapi anda perlu ikut 6 tips penting ni. Tips ini akan membantu anda bagi mendapatkan pekerjaan :-

    1. Belajar Pelbagai Kemahiran Asas 
    Akademik adalah antara perkara pokok yang menjadi asas kepada majikan untuk melihat kebolehan anda, tetapi Akademik semata-mata tanpa kemahiran asas ianya akan menjadikan anda calon yang terpinggir.
    Antara kemahiran asas yang anda perlu pada masa kini adalah

    i - Kemahiran Menggunakan Komputer Dan Pelbagai Aplikasi
    ii- Kemahiran Bahasa
    iii-Kemahiran Berkomunikasi
    iv- Lain-lain kemahiran teknikal

    Apabila majikan melihat anda mempunyai banyak kemahiran, pasti ianya memberikan impak positif kepada anda. Jangan pula bila disuruh menaip laporan menggunakan komputer pun tidak tahu... oh tidakkk

    2. Resume WAJIB kemas dan mantap
    Ini adalah perkara paling penting sekali. Ianya umpama tiket anda untuk ke dipanggil temuduga.
    Pastikan butiran di dalam resume anda adalah benar, mengandungi maklumat yang diperlukan oleh bakal majikan. Tidak perlu masukkan data yang tidak dikehendaki. Susunan perkataan, struktur ayat mencerminkan kredibiliti dan keupayaan anda.

    3. MOHON Semua Kerja Yang Anda Minati
    Ya ! Ini adalah langkah yang paling mustahak. Jika anda tidak memohon dan mencari kerja, bagaimana anda mahu mendapatkan pekerjaan? . Rajinkan diri anda untuk mengikuti dan membaca mana-mana laman web atau media sosial berkaitan mencari kerja, contohnya seperti :
    Carikerjasabah.com, Kerjakosongsabah.com, Kerja1malaysia.com dan banyak lagi !
    Pohon kerja yang bersesuaian dengan anda dari segi kelulusan dan kemahiran yang anda miliki.

    4. DATANG Bila Dipanggil Untuk TEMUDUGA
    Apabila anda telah berjaya untuk ke peringkat temuduga, sila jangan TOLAK untuk menghadiri sesi temuduga itu tanpa sebarang alasan yang munasabah dan kukuh. Hadir ke temuduga dan pelajari sebanyak mungkin perkara yang perlu anda siapkan sewaktu temuduga. Ianya juga adalah satu proses pembelajaran yang boleh menambahkan kemahiran anda.

    5. BERLATIH DAN ULANGKAJI | KEMAS DAN TERATUR
    Peringkat temuduga adalah juga tahap yang paling kronik dalam memastikan kejayaan anda untuk mendapatkan pekerjaan. Berlatih bercakap untuk sesi temuduga, menjawab soalan dengan penuh karisma dan tanggungjawab. Ulangkaji fakta yang perlu berkaitan kerja dan majikan.
    Anda juga perlu kelihatan kemas dan teratur. Sila pakai pakaian yang bersesuaian untuk ke sesi temuduga. Susun sijil dan dokumen yang berkaitan dengan teratur dan mudah untuk dilihat.
    Sediakan juga salinan resume, kad pengenalan dan sijil yang berkaitan.

    MUDAH kan?
    Apa yang penting anda harus terus berusaha dan tidak mengalah.
    Selamat mendapat pekerjaan, dan ingatlah orang yang tersayang ^_^

    Ikhlas dari kami
    kerjakosongsabah.com

    0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Makmal, Gred C19"

    Post a Comment