Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia | Juruaudio Visual, Gred N19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 29 November 2017

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia | Juruaudio Visual, Gred N19

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam. Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-


JURUAUDIO VISUAL, GRED N19

SYARAT LANTIKAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup
Mempunyai kelayakan seperti yang berikut :-


i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,352.00) ; atau


ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,408.40);atau


iii)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,464.80);


dan
Syarat Lantikan Tambahan : Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu Percubaan (p)]

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 17 Disember 2017 (Ahad) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :

1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp



No comments:

Post a Comment