Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Juruaudit , Gred W29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 8 November 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Penolong Juruaudit , Gred W29

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
JABATAN AUDIT NEGARA



Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam. Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-


PENOLONG JURUAUDIT, GRED W29


Kekosongan : 38


Bidang Keutamaan:
i - Perakaunan
ii- Perniagaan
iii- Ekonomi
iv- Sains Komputer



Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan



Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau



Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau



Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau



Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).



Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:



i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan



ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan


Had umur pelantikan:



i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau



ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau



iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:


Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.



CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 19 November 2017 (Ahad) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


No comments:

Post a Comment