Jawatan Kosong MARA | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 21 November 2017

Jawatan Kosong MARA | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2017
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Majlis Amanah rakyat dengan ini mempelawa Warganegara yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi , berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan KONTRAK seperti yang diterangkan di bawah :-

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM 1,352.00 - RM 4,003.00

Penempatan : MRSM SEMPORNA


Syarat Kelayakan:
1. Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) 

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00); atau

(ii) 
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya 
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap  dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya 
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,464.80); atau

(iv) Lulus Enam (6) mata pelaharan termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) mata pelajaran adalah peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut ; dan

(v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON :





1. Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE sahaja melalui link dibawah


2. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.


3. Hanya permohonan yang dibuat melalui laman web (link di atas) sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak

4. Tarikh Tutup Permohonan Iklan Jawatan ini ialah 3 Disember 2017


Cara Pelaksanaan

1. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

2. Adalah ditegaskan bahawa hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga

3. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan berkhidmat dimana-mana Pusat Pentadbiran MARA sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.

4. Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah mengganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya




No comments:

Post a Comment