Jawatan Kosong Di LPPKN | Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 25 January 2018

Jawatan Kosong Di LPPKN | Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N19

Iklan Kekosongan Jawatan Tahun 2018 di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Badan Berkanun ) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara tetap seperti berikut:-

Jawatan :  

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT, GRED N19

Syarat Dan Kelayakan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau


ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

C: Kelayakan Tambahan 

i) Mempunyai lesen memandu kenderaan (Diutamakan)

ii) Sihat tubuh badan


D: Syarat Dan Cara Permohonan

Skim perkhidmatan dan syarat kelayakan bagi setiap jawatan adalah tertakluk kepada perubaha ndan pindaan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan semasa yang dikeluarkan oleh JPA dan diluluskan oleh LPPKN

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke Tapisan Pertama (Assessment Centre 1)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.

Pemohon yang tidak mengikut cara permohonan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.




SEMUA PERMOHONAN JAWATAN MESTI DIISI SECARA ONLINE

PERMOHONAN ONLINE JAWATAN DI LPPKN

Sila buat permohonan secara online melalui link diberikan



1 comment: