Jawatan Kosong Di LPPKN | Pembantu Operasi, Gred N11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 25 January 2018

Jawatan Kosong Di LPPKN | Pembantu Operasi, Gred N11

Iklan Kekosongan Jawatan Tahun 2018 di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Badan Berkanun ) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara tetap seperti berikut:-

Jawatan :  PEMBANTU OPERASI, GRED N11

Syarat Dan Kelayakan

a) warganegara Malaysia

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Pecubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


C: Kelayakan Tambahan 

i)  Mempunyai Lesen Memandu (Diutamakan)
ii) Sihat tubuh badan

D: Syarat Dan Cara Permohonan

Skim perkhidmatan dan syarat kelayakan bagi setiap jawatan adalah tertakluk kepada perubaha ndan pindaan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan semasa yang dikeluarkan oleh JPA dan diluluskan oleh LPPKN

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke Tapisan Pertama (Assessment Centre 1)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.

Pemohon yang tidak mengikut cara permohonan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.




SEMUA PERMOHONAN JAWATAN MESTI DIISI SECARA ONLINE
PERMOHONAN ONLINE JAWATAN DI LPPKN
Sila buat permohonan secara online melalui link diberikan


No comments:

Post a Comment