Kerja Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 1 January 2018

Kerja Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2018
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam. Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PEMERIKSA KERETA MOTOR, GRED AB19

SYARAT LANTIKAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang  18 tahun pada tarikh tutup

Mempunyai kelayakan seperti yang berikut :-

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan

(Gaji Permulaan Gred AB19 : RM 1,362.00) ; ATAU

ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,362.00);ATAU

iii)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,420.12);ATAU

iv)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan Gred N19 : RM 1,478.24);


CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 14 Januari 2018 (Ahad) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


1 comment: