Temuduga Terbuka | Program Outreach & Hari Bertemu Pelanggan - JobsMalaysia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 16 January 2018

Temuduga Terbuka | Program Outreach & Hari Bertemu Pelanggan - JobsMalaysia

Adakah anda sedang mencari kerja? atau pelajar yang berada di tahun akhir dan mahu mendapatkan pekerjaan setelah selesai belajar ?

Berita baik kepada anda kerana satu Program Outreach & Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan anjuran JobsMalaysia,  Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sabah pada Januari ini.

Selain daripada Pameran Jabatan Dan Agensi serta sesi Bertemu Pelanggan, Pengunjung berpeluang menyertai Ceramah Kerjaya yang sedikit sebanyak boleh membantu dalam persediaan untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan.

Anda yang sedang mencari kerja juga boleh menyertai TEMUDUGA TERBUKA yang turut diadakan pada hari tersebut.

Jika anda hendak menyertai sesi Temuduga Terbuka tersebut, sila bawa salinan sijil akademik dan resume serta berpakaian kemas.



Berikut merupakan butiran lanjut:

PROGRAM OUTREACH  & HARI BERTEMU PELANGGAN
TEMPAT : PEJABAT JOBSMALAYSIA SABAH, UTC KK, TGKT 9

TARIKH : 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
MASA : 9 PAGI - 12 TENGAH HARI


Jangan lupa untuk bawa keluarga atau rakan anda untuk menghadiri program ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JobsMalaysia Sabah, 088 - 235 323




No comments:

Post a Comment