Jawatan Kosong Negeri Sabah 2018 | Penolong Pegawai Keselamatan, Gred KP29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 26 September 2018

Jawatan Kosong Negeri Sabah 2018 | Penolong Pegawai Keselamatan, Gred KP29

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2018
Lembaga Sukan Negeri Sabah

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN, GRED KP29

Taraf Jawatan : Tetap


Syarat Lantikan:
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
      3. bekas anggota polis atau tentera yang sekuran-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau
      4. diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaa ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
      dan
    3. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(ii) dan 1c(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Fungsi Bidang Tugas :
Meliputi tugas-tugas sebagai Penolong Pegawai Keselamatan


Tarikh Tutup Permohonan : Dua Minggu Dari Tarikh Pengiklanan

CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPA1

Sila DOWNLOAD borang melalui link dibawah

http://www.sabah.gov.my/spans/images/Borang/BorangSPA1.pdf


Sila kemukakan permohonan atau pertanyaan kepada

PENGURUS BESAR
LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH

BEG BERKUNCI 142
88994 KOTA KINABALU
SABAH

Tel : 088 – 253 552 / 253 551
Fax : 088 – 217 830 / 223 034



a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan


b) Setiap Permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang telah disahkan

c) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan diapnggil untuk temuduga

d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK berjaya.




No comments:

Post a Comment